Murtabak Mengkasar Sdn Bhd

Murtabak Mengkasar nama yang sinonim sebagai satu jenama murtabak di negeri Pahang. Menjual pelbagai jenis murtabak yang menyelerakan bagi setiap lapisan masyarakat.

Murtabak Mengkasar Sdn Bhd


Murtabak merupakan salah satu makanan yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia.

Murtabak juga merupakan salah satu sajian yang popular pada bulan Ramadhan. Selain menjadi makanan pembuka selera, murtabak juga merupakan satu juadah yang amat mengenyangkan.

Nama Murtabak Mengkasar diambil bersempena nama sebuah kampung di daerah Pekan, Pahang iaitu Kampung Mengkasar.

Keenakan Murtabak Mengkasar terletak pada ramuan isitimewa yang diturunkan oleh tukang masak Sultan Pahang ketika itu iaitu Sultan Abu Bakar Riayatuddin al Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah. Tanpa mengubah ramuan rahsia tersebut kini ia menjadi rahsia turun temurun, sehinggakan proses membuat rempah hanya akan dilakukan oleh pemilik Murtabak Mengkasar sendiri.

Oleh kerana permintaan yang tinggi daripada pelanggan luar Kuantan, kami cuba menginovasikan produk kami kepada murtabak sejuk beku. Setelah ia diperkenalkan pada 2008, ia menjadi satu produk yang tinggi permintaannya dan berpotensi untuk dimajukan dan sekali gus dikomersilkan ke peringkat lebih tinggi.

    Malaysian Restaurant, Halal Restaurant, Coffee Shop

    Dinner, Drinks

   
          Home delivery
          Catering service
          Suitable for groups
          Suitable for children
          Reservations
          Takeaway
          Table service
          Booking is NOT mandatory


      Facebook page

      Pusat Jaja Bukit Sekilau, Kuantan, Malaysia

  Parking in the street

   
Monday
15:00-01:00
Tuesday
15:00-01:00
Wednesday
15:00-01:00
Thursday
15:00-01:00
Friday
15:00-01:00
Saturday
15:00-01:00
Sunday
15:00-01:00



   
          


Leave a comment


Other in the area



"Your favorite venues in one click"